問題詳情

Sekiranya anda tergerak hati ingin melancong ke Taiwan buat kali pertama atau melawatinya sekalilagi, inilah peluang keemasan anda untuk melawat pulau ini. Melancong merupakan salah satu carayang terbaik untuk menghabiskan masa yang berkualiti bersama ahli keluarga, terutamanya untukmereka yang tidak tinggal sebumbung ataupun mereka yang mempunyai ahli keluarga yang sibukdengan kerjaya diri sendiri. Oleh itu, adalah tidak hairan kini berlancong ke Taiwan menjadi pilihanuntuk ramai keluarga Malaysia yang ingin menghabiskan masa yang berkualiti bersama. Keseronokanyang dialami di Taiwan yang mempunyai iklim, budaya, warisan dan makanan yang berbeza, merupakansesuatu yang boleh merapatkan hubungan di antara satu sama lain.Taiwan mempunyai segala-galanya apabila dikaitkan dengan makanan. Anda boleh makan dengansepuas-puas tanpa perlu membelanja dengan banyak. Daripada buah-buahan bermusim, hidangantradisional yang lazat, hidangan vegetarian yang sihat, pencuci mulut ais dan minuman teh kreatif,hidangan Taiwan menggunakan bahan-bahan tempatan dengan sepenuhnya dan teknik yang tradisionaluntuk mengujakan serta memenuhi selera anda. Jangan lupa juga pasar malam yang terkenal di seluruhdunia di mana ia penuh dengan aroma yang wangi kerana makanan di jalanan dan snek yang lazat!代號:4213頁次:8-8Taiwan merupakan tempat bagi pelancong menjadi syurga buat shopaholics! Banyak pusatmembeli-belah yang besar dan rangkaian kedai boleh didapati di semua pulau Taiwan. Anda bolehmembeli apa-apa sahaja yang anda perlukan, daripada produk elektronik yang berkualiti tinggi keluarandari Taiwan, teh tanah tinggi yang terkenal dan juga anyaman buatan tangan. Untuk peminat fesyenpula, pelbagai jenis pakaian yang berharga berpatutan, barangan kulit dan produk berjenama bolehdidapati di hujung jari anda. Di Taiwan, anda pasti akan memperoleh apa yang anda inginkan.
【題組】76 Sekiranya anda tergerak hati ingin melancong ke Taiwan buat kali pertama atau melawatinyasekali lagi, inilah peluang keemasan anda untuk melawat pulau ini. Erti dari kata peluang ialah:
(A)kesempatan
(B)keluasan
(C)keberhasilan
(D)pendapatan

參考答案

答案:A
難度:適中0.5
統計:A(0),B(0),C(0),D(0),E(0)