問題詳情

Dalam industri pelancongan, pengurusan organisasi yang baik, destinasi pelancongan yang menarikdan strategi pemasaran yang efektif tidak dapat dimaksimumkan dan dikekalkan pasarannya tanpapengurusan yang professional. Pengurusan pelancongan perlu mempunyai kemahiran komunikasi yangbaik untuk berurusan dengan agensi pelancongan dan para pelancong terutamanya pelancongantarabangsa. Namun, harus ditegaskan bahawa kemahiran bahasa asing tidak datang secara sendiriantetapi bersama penguasaan bahasa dan juga budaya negara bahasa tersebut yang merupakan sesuatu yangtidak dapat dipisahkan. Kita harus sedar bahawa mempelajari bahasa asing bukan sekadar mengetahuistruktur fonetik, kosa kata atau tatabahasa sahaja tetapi juga menelusuri apa-apa yang terkandung dalambudaya setiap masyarakat.
        Pemandu pelancong perlu mempunyai kemahiran berkomunikasi antara budaya demi mencapaikomunikasi yang efektif dan penyaluran maklumat yang tepat bagi membentuk pengalaman pelancongterhadap destinasi yang dilawati. Terdapat kajian penyelidikan yang meneliti pola komunikasi yangterdapat dalam komunikasi silang budaya antara pemandu pelancong semasa sesi pemanduan lawatanpelancongan. Perbualan pemandu pelancong dan pelancong dirakam, catatan pemerhatian turut dilakukanbagi membantu penyediaan transkripsi perbualan. Hasil kajian tersebut mendapati bukan sahaja aspekpengetahuan budaya antara kedua-dua negara tersebut banyak diaplikasikan tetapi aspek penggunaanbahasa asing juga memainkan peranan yang penting dalam komunikasi silang budaya antara kedua belahpihak tersebut. Dapatan daripada kajian ini diharapkan akan menjadi rujukan kepada pendidik danperangka silibus pendidikan bahasa asing untuk pelancongan sebagai panduan dalam meningkatkanpenguasaan komunikasi silang budaya dalam kalangan pemandu pelancong.
          Pemandu pelancong yang boleh menguasai bahasa asing termasuk bahasa tumpuan pelancongan lainyang popular, pasti memudahkan kerja pemandu pelancongan dan justeru memperluaskan kesempatankerjayanya sebagai pemandu pelancong. Bak kata pepatah sambil menyelam minum air, pemandupelancong yang boleh menguasai bahasa asing akan lebih selesa memperkenalkan keistimewaan budayadan sejarah setempat, bahkan juga membuat pelancong asing lebih memahami ciri-ciri khas setempat.Pendek kata, adalah penting untuk pemandu pelancong terus mempelajari bahasa asing dan pihak berkuasajuga harus memberikan bantuan untuk menggalakkan tindakan mereka.
【題組】76 Apakah perkataan lain yang sama makna dengan sekadar
(A) hanya
(B) tidak hanya
(C) walaupun
(D) sama

參考答案

答案:A
難度:計算中-1
書單:沒有書單,新增