問題詳情

Pencemaran bermaksud sesuatu keadaan yang bersih telah dikotori atau rosak oleh sesuatu perbuatan.Pencemaran terdiri daripada pelbagai jenis, antaranya ialah pencemaran air, pencemaran udara dan pencemaranbunyi. Kebanyakan disebabkan oleh aktiviti manusia itu sendiri yang semata-mata ingin mengejar keuntungantanpa menyedari kesan sampingan terhadap alam sekitar. Pencemaran air berlaku akibat sikap sesetengah manusia yang membuang sampah sarap ke dalam sungai.Perbuatan ini akan menjejaskan bekalan air bersih kepada penggunanya. Sungai-sungai turut tercemar, banyakhidupan sungai dan laut mati serta pupus akibat perbuatan yang tidak bertanggungjawab ini. Pencemaran udara berlaku akibat pelepasan asap ke ruang udara oleh kenderaan, pembakaran terbuka danasap dari kilang-kilang. Udara tercemar boleh menyebabkan penyakit berkaitan dengan system penafasanmanusia. Pencemaran bunyi pula disebabkan oleh pembangunan yang pesat. Kerja-kerja di tapak pembinaanmenghasilkan pelbagai bunyi bising. Bunyi-bunyi bising ini keluar daripada jentera dan mesin yang digunakan. Sebagai kesimpulan, masalah pencemaran alam ini harus dibendung dengan segera. Pihak-pihak yangmenyebabkan berlakunya pencemaran alam sekitar patut dikenakan tindakan undang-undang yang tegas. Disamping itu, masyarakat perlu dididik agar mencintai dan memelihara alam sekitar. Alam sekitar yang tidaktercemar dapat mewujudkan suasana hidup yang lebih selesa dan selamat.
【題組】71 Berikut berkaitan dengan pencemaran alam sekitar kecuali ________ .
(A) pencemaran binatang
(B) pencemaran udara
(C) pencemaran bunyi
(D) pencemaran air

參考答案

答案:A
難度:適中0.5
統計:A(0),B(0),C(0),D(0),E(0)