問題詳情
Pada pagi itu, aku dan keluargaku bangun lebih awal. Hari ini ialah hari yang kami tunggu-tunggu selama ini. Pak Cik Mat, jiran sebelah rumahku telah bersedia untuk menghantar kami ke Lapangan Terbang Senai. Kami bertolak pada pukul 8.00 pagi. Sepanjang perjalanan, fikiranku asyik melayang bermulalah percutian kami ke negeri Bumi Kenyalang, negeri kelahiran ibuku.
Apabila sampai di lapangan terbang, ayah dan ibuku sibuk menguruskan tiket. Pak Cik Mat berpesan kepada kami adik-beradik supaya menjaga diri dengan baik. Aku asyik memerhatikan gelagat dua orang adikku yang ternyata riang sekali.
Perjalanan dari Johor ke Sarawak mengambil masa selama 1 jam 25 minit. Kami tiba di Kuching pada pukul 11.25 pagi. Aku tidak sabar lagi ingin menemui sanak saudaraku di sana. Apatah lagi kepulangan kami pada kali in bersempena Hari Raya Puasa. Kami sekeluarga menaiki sebuah van ke kampung ibuku yang terletak di Betong, Sri Aman. Perjalanan selama empat jam ini sangat memenatkan. Kami sampai di kampung pada waktu petang. Kepulangan kami disambut oleh sanak saudara dengan gembiranya.
Setelah seminggu berada di kampung, bapa saudaraku mengajak aku pergi memancing. Peluang keemasan ini tidak akan aku persiakan. Kami membeli barang-barang yang akan digunakan di sebuah kedai yang berdekatan. Aku mendapat pengalaman baru mencari cacing di dalam tanah. Walaupun berasa geli, tetapi inilah pengalaman yang menyeronokkan.
Semasa memancing di sungai itu aku mengalami peristiwa yang tidak dapat aku lupakan. Inilah kali pertama aku melihat buaya berenang di dalam sungai. Benarlah kata kawan-kawanku selama ini, di negeri ini banyak terdapat Bujang Senang. Kami bercuti di kampung selama dua minggu. Hari ini aku pulang semula ke Johor. Kenangan manis semasa percutian ini tidak akan kulupakan begitu sahaja.
【題組】76 Di manakah penulis dan keluarganya menetap?
(A) Sarawak
(B) Perak
(C) Kelantan
(D) Johor
參考答案
答案:D
難度:計算中-1
書單:沒有書單,新增