問題詳情

Hampir saban hari kita didedahkan dengan isu rokok. Bagaikan tiada penyudahnya. Media massasama ada media cetak ataupun media elektronik banyak membangkitkan hal ini. Pada masa dahulu,kebanyakan mereka yang mengamalkan tabiat merokok terdiri daripada golongan lelaki, namun padahari ini berlainan pula. Sejak akhir ini sudah banyak wanita yang terlibat dalam gejala merokok. Hal inidemikian kerana mereka mudah terpengaruh oleh cara hidup yang bebas dan ingin melepaskan tekanan.Wanita yang merokok lebih berisiko mendapat penyakit berbanding dengan kaum lelaki. Hal inidemikian kerana dalam sebatang rokok, terkandung 4000 bahan kimia yang berbahaya terutama nikotindan karbon monoksida. Bahan kimia ini menjejaskan kesihatan dan mendedahkan mereka kepada risikopenyakit kronik seperti barah payu dara dan barah pangkal rahim. Bukan itu sahaja seorang perokokyang mengambil lebih daripada 20 batang rokok dalam sehari menghadapi 10 hingga 15 kali gandarisiko maut akibat serangan jantung.Ketika mengandung, berat bayi bagi wanita merokok kemungkinan tiga kali lebih ringan daripadabayi normal. Kelahiran juga boleh berlaku lebih awal dari tarikh yang sepatutnya. Bayi yang dilahirkanlebih tinggi risiko mendapat penyakit serta kematian pada tahun pertama kelahirannya. Kualiti susubadan juga berkurangan jika bakal ibu ini mula merokok semasa bayi dalam kandungan.
【題組】71 Golongan manakah yang lebih berisiko jika terlibat dalam gejala merokok?
(A)Golongan lelaki
(B)Golongan wanita
(C)Golongan darah
(D)Golongan bangsawan

參考答案

答案:B
難度:適中0.5
統計:A(0),B(0),C(0),D(0),E(0)