問題詳情

Sejak akhir-akhir ini, kadar kemalangan jalan raya yang mengakibatkan nyawa terkorban semakin meningkat.Untuk mengelakkan berlakunya kemalangan itu, kita mestilah mengamalkan sikap berhati-hati dan bertimbangrasa ketika memandu di jalan raya. Janganlah memandu dengan laju atau secara berbahaya. Elakkan memandudalam keadaan mabuk kerana boleh membahayakan diri sendiri dan juga orang lain. Murid-murid sekolah juga terdedah kepada bahaya kemalangan di jalan raya. Oleh itu, sebelum melintasijalan raya, kita seharusnya menoleh ke kanan dan ke kiri dahulu. Bagi murid-murid yang menunggang basikalpula, elakkan daripada bersaing dengan kawan-kawan kerana boleh mengundang bahaya. Selain itu, kita perlu mematuhi kempen-kempen keselamatan jalan raya yang diadakan oleh pihak kerajaan.Pihak polis trafik pula, perlu sentiasa membuat rondaan dan mengadakan sekatan jalan raya bagi memastikansemua pemandu mematuhi peraturan di jalan raya. Kita mestilah sentiasa ingat supaya memandu mengikutperaturan dan bukannya mengikut perasaan.
【題組】71 Apakah kesan daripada kemalangan jalan raya yang dilaporkan oleh berita akhir-akhir ini ?
(A) Ramai yang cedera.
(B) Banyak nyawa terkorban.
(C) Banyak kenderaan yang rosak.
(D) Banyak surat saman dikeluarkan.

參考答案

答案:B
難度:適中0.5
統計:A(0),B(0),C(0),D(0),E(0)