問題詳情

Cameron Highlands merupakan salah satu destinasi percutian keluarga yang menarik dan terkenal di Malaysia. Tempat peranginan ini sering menjadi tumpuan para pelancong.
       Terdapat pelbagai tarikan istimewa di Cameron Highlands. Yang paling utama sudah tentulah teh dan strawberi. Tidak lengkap rasanya percutian ke Cameron Highlands jika tidak menikmati teh dan strawberi yang segar. Antara ladang strawberi yang terbesar di sini ialah Big Red Strawberry Farm dan Raaju Hill Strawberry Farm. Para pengunjung dapat memetik dan menikmati pelbagai spesies strawberi seperti Butterhead, Red Coral, Green Coral dan Romaine. Selain itu, mereka juga dapat menyaksikan permandangan yang indah di Ladang Teh Sungai Palas, iaitu ladang teh terbesar di Malaysia.
       Gunung Brinchang pula menjadi tarikan kepada para pengunjung yang berminat dengan aktiviti lasak seperti mendaki dan meredah hutan. Walau bagaimanapun, para pengunjung dinasihati supaya sentiasa mengutamakan keselamatan kerana laluan ke sana sempit dan curam.
       Cameron Highlands juga terkenal dengan kebun-kebun sayur dan buah-buahan yang segar. Cameron Highlands membekalkan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk pasaran di Malaysia dan Singapura. Ladang-ladang in boleh dilihat di sepanjang jalan dari Ringlet ke Kampung Raja. Terdapat juga taman rama-rama di tanah tinggi ini, iaitu Butterfly Garden dan Butterfly Farm. Pelbagai spesies rama-rama dan serangga dapat ditemui di taman ini, termasuklah Rama-Rama Raja Brooke yang terkenal dengan saiznya yang besar.
       Justeru, ramai pengunjung dari dalam dan luar negara memilih Cameron Highlands sebagai destinasi pilihan mereka untuk bercuti. Selain dapat menghabiskan masa bersama keluarga, mereka juga dapat menikmati keindahan alam semula jadi yang amat mengagumkan.
【題組】71 Mengapakah Cameron Highland sering menjadi tumpuan para pelancong?
(A) Sayur-sayuran dan buah-buahan segar dijual dengan harga yang murah.
(B) Satu-satunya destinasi percutian tanah tinggi di rantau ini.
(C) Pusat percutian tanah tinggi yang terkenal di Malaysia.
(D) Tempat perkelahan yang cantik dan pantai yang bersih.

參考答案

答案:C
難度:計算中-1
書單:沒有書單,新增