問題詳情

Taichung merupakan sebuah bandar perindustrian di bahagian tengah barat Taiwan. Populasipenduduknya berjumlah kira-kira 2.78 juta orang dan disenaraikan sebagai salah satu bandar terpadat diTaiwan.
        Ia merupakan pintu masuk ke kawasan pergunungan yang banyak terdapat di kepulauan Taiwantermasuk tarikan alam semula jadi seperti Tasik Sun Moon yang popular dengan aktiviti menaiki bot sertapendakian. Di pusat bandar pula terdapat lokasi tumpuan pelancongan seperti Muzium Sains Semula JadiNegara, Muzium Seni Halus Negara Taiwan, kuil dan tiang bata Stesen Taichung yang merupakantinggalan zaman kolonial Jepun bermula pada tahun 1895 hingga 1945 di Taiwan. Selain itu, Taichungjuga terkenal dengan Pasar Malam Fengjia yang penuh dengan pelbagai kedai dan mempunyai waktuoperasi yang lebih panjang. Pasar malam ini telah menjadi salah satu daripada “Sepuluh Tempat Bersiar-siar Terbaik di Bandar Taichung” yang diundi oleh orang ramai.           Taichung beriklim subtropika lembap dan hangat. Suhu tahunan purata mencecah 23.3 darjah Celsiusdengan suhu tertinggi pada bulan Julai dan Ogos manakala suhu terendah pada bulan Januari dan Februari.Pelancong berpeluang menyaksikan keindahan bunga sakura di Taman Wuling antara bulan Januarihingga Mac pada setiap tahun.
         Oleh sebab kedudukannya yang terlindung oleh banjaran gunung di bahagian timur dan Bukit Miaolidi bahagian utara, Taichung jarang terjejas oleh taufan. Walau bagaimanapun, taufan dari Laut ChinaSelatan boleh menimbulkan ancaman kepada bandar ini seperti kejadian Taufan Wayne yang melandapantai barat Taiwan berhampiran Taichung pada tahun 1986.
【題組】71 Pilih pernyataan yang betul tentang Taichung berdasarkan petikan ini.
(A) Taichung kerap terjejas oleh Taufan.
(B) Suhu di Taiwan pada bulan Julai dan Ogos adalah 23.3 darjah Celsius.
(C) Taiwan pernah diperintah oleh Jepun.
(D) Taichung terkenal dengan pengeluaran pertanian.

參考答案

答案:C
難度:計算中-1
書單:沒有書單,新增