問題詳情

Migrain merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh aliran darah dan perubahan kimia di bahagianotak. Perubahan ini menyebabkan arteri yang membekalkan darah ke otak tersekat dan mengakibatkan sakitkepala yang teruk. Terdapat enam simptom migrain iaitu sakit kepala berpanjangan yang teruk di bahagian sebelah kanan kepaladan diikuti dengan denyutan yang kuat. Seterusnya, gangguan saraf pada pandangan seperti di titik buta. Adaketikanya sebelum sakit kepala terjadi, objek yang dilihat menjadi lebih daripada satu. Selain itu, cahaya yangterang dan bunyi yang kuat juga akan menjadi begitu sensitif kepada pesakit migrain. Dalam kes yang palingteruk, sakit kepala yang dialami akan diikuti dengan rasa tidak selesa di bahagian perut, loya, muntah dancirit-birit. Selain daripada itu, faktor keturunan juga memainkan peranan. Makanan yang mengandungi monosodiumglutamate (MSG) seperti serbuk perasa, keju, coklat, kekacang dan aspartame juga boleh menyebabkan migrain. Migrain boleh dirawat melalui tiga cara iaitu dengan pengambilan ubat-ubatan, tanpa ubat-ubatan ataudengan penggunaan herba. Pengambilan ubat seperti ergotamine dan dihydroergotamine mampu mengecutkansaluran darah. Jadual tidur dan makanan yang sempurna juga mampu mengelakkan migrain. Pokok sembung jugaboleh digunakan bagi merawat migrain.
【題組】76 Apakah yang dimaksudkan dengan migrain ?
(A) Sejenis penyakit berjangkit yang sangat merbahaya.
(B) Sakit kepala yang menyebabkan mata menjadi rabun.
(C) Virus yang tersebar melalui udara dan menyerang fungsi otak.
(D) Penyakit yang berpunca daripada aliran darah dan perubahan kimia di bahagian otak.

參考答案

答案:D
難度:適中0.5
統計:A(0),B(0),C(0),D(0),E(0)