問題詳情

Industri pelancongan merupakan salah satu aktiviti ekonomi yang semakin berkembang pesat di negarakita. Perkembangan pesat sektor pelancongan di negara kita turut mendatangkan pelbagai kesan kepada budayatempatan, baik kesan positif mahupun kesan negatif.Kesan positif pelancongan terhadap budaya tempatan ialah industri pelancongan dapat membantu dalammemupuk persefahaman antara masyarakat. Melalui pelancongan, kita berpeluang berinteraksi dan berkomunikasidengan pelancong asing. Selain itu, industri pelancongan juga dapat memperkaya budaya negara kita. Budaya danamalan yang baik dalam kalangan pelancong asing patut dicontohi dan diamalkan oleh rakyat kita. Pelancongasing yang mementingkan kebersihan alam sekitar juga harus dicontohi. Jadi, rakyat kita akan mengekalkankebersihan alam sekitar demi menggalakkan kedatangan pelancong asing. Pendek kata, pelancongan memangdapat memperkaya budaya kita.Kesan negatif pelancongan ialah kedatangan pelancong mampu menghakis nilai-nilai murni dalamkalangan masyarakat tempatan. Senario ini akan berlaku disebabkan pelancong asing mempunyai pemikiran dansikap yang berbeza dengan masyarakat tempatan. Selanjutnya, kes-kes jenayah akan meningkat akibat daripada代號:4413頁次:8-8kedatangan pelancong asing. Hal ini demikian kerana pusat hiburan dan pusat membeli-belah akan dibuka denganbanyak demi menjayakan sektor pelancongan. Dengan adanya pusat hiburan seperti karaoke, disko dan pub akanmenyumbang kes-kes jenayah.Kesimpulannya, sektor pelancongan mampu menyebabkan negara kita berkembang dengan pesat, tetapisektor tersebut turut meninggalkan pengaruh yang besar kepada budaya tempatan. Jadi, semua pihak harusbekerjasama untuk mencegah kesan negatif yang dibawa oleh pelancong asing. Dengan ini diharapkan sektorpelancongan dapat dimajukan dan hanya meninggalkan kesan positif kepada masyarakat tempatan.
【題組】76 Industri pelancongan merupakan salah satu aktiviti ekonomi yang semakin berkembang pesat di negarakita. Erti bagi pesat adalah__________ .
(A)tinggi panjang
(B) merah
(C) cepat
(D)

參考答案

答案:D
難度:適中0.5
統計:A(0),B(0),C(0),D(0),E(0)