問題詳情

Orang ramai berwaspada meneruskan rutin harian dengan mengamalkan norma baharu danmematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengelak penularan COVID-19.
           Tinjauan tidak rasmi di sekitar ibu kota mendapati warga kota bimbang keluar ke tempat awam danhanya keluar untuk keperluan penting dan ke tempat kerja sahaja. Semasa di luar, mereka menjalani rutinharian seperti biasa dengan pemakaian pelitup muka dan menjaga penjarakan fizikal terutama ketikaberada di tempat sesak untuk mengelak sebarang risiko jangkitan.
            Dalam situasi COVID-19 masih belum reda ini, sebilangan majikan membenarkan kakitangannyabekerja dari jarak jauh. Terdapat majikan turut menyediakan makanan tengah hari untuk kakitangan, jadisekurang-kurangnya pergerakan keluar pekerja mereka untuk bertembung dengan ramai orang dapatdikurangkan.
             Sementara itu, pasaraya dan banyak pemilik kedai telah menetapkan SOP ketat untuk pelangganseperti pengambilan suhu badan, pemakaian cecair pembasmi kuman dan mengehadkan bilangankemasukan pelanggan dalam satu-satu masa bagi mengelak kesesakan dalam pasaraya atau kedai.
           Sesetengah peniaga makanan juga menyesuaikan diri dengan meja disusun lebih satu meter antarasatu sama lain dan dihadkan bagi mengelak pelanggan ramai duduk makan dalam satu masa. Selaindaripada itu, mereka juga menyediakan jarak satu meter bagi pelanggan beratur yang memilih bungkusmakanan.
           Sebelum negara kita bebas daripada wabak, setiap orang adalah wajib mengamalkan norma baharu,seperti membasuh tangan dengan kerap, amalkan etika batuk dan bersin, memakai pelitup muka dan jugamengelakkan tempat yang sesak dan sempit. Warga kota dinasihati jangan leka dan alpa kerana kita belummenang.
【題組】71 Antara yang berikut, yang manakah adalah benar?
(A) Sebilangan majikan menyediakan sarapan untuk kakitangannya.
(B) Sebilangan majikan membenarkan kakitangannya berhijrah dari rumah ke tempat kerja.
(C) Sebilangan majikan membenarkan kakitangannya mencari kerja dari jarak jauh.
(D) Sebilangan majikan membenarkan kakitangannya menjalankan tugasnya di rumah.

參考答案

答案:D
難度:計算中-1
書單:沒有書單,新增